KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengukuhkan kepentingan kesatuan dan kepelbagaian budaya, Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina.
Menurut Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, sambutan yang diberi nama "Year of the Dragon Extravaganza: Embracing Unity, Celebrating Diversity," tidak hanya merupakan perayaan, tetapi juga lambang warisan kaya Malaysia.
Mohamed Nazri berkata tema yang dipilih itu mengambarkan intipati kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.
"Ia menjadi platform untuk kita bersatu, meraikan persamaan, menghormati kepelbagaian, dan menghargai kekayaan warisan kita," katanya dalam satu kenyataan.
Acara yang merupakan usahasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Associates of the American Foreign Service Worldwide (AAFSW), Malaysia Association of America (MAA) di New York, dan Welcome to Washington International Club (WTW)
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
"Persembahan malam itu menjadi bukti jelas kekayaan warisan budaya Malaysia, mencipta suasana yang dinamik, berwarna, dan ceria bagi semua warga Malaysia dan tetamu, memperlihatkan semangat sejati Malaysia dalam kesatuan," katanya lagi.
Selain persembahan seni tradisional tarian naga, singa, dan harimau, serta pameran interaktif, tetamu juga dapat menikmati pelbagai hidangan Cina-Malaysia yang autentik.
Keunikan malam itu terpancar dalam pelaksanaan tradisi budaya Malaysia semasa Tahun Baharu Cina, iaitu Yee Sang tossing.
Kata Mohamed Nazri, tetamu mengelilingi meja dan melambung bahan berwarna tinggi ke udara sambil menyatakan harapan untuk kemakmuran dan kesihatan, melambangkan aspirasi bersama untuk masa depan.
"Ia mencerminkan perayaan kesatuan dalam kepelbagaian, menyoroti impak positif pertukaran budaya dalam membina hubungan yang berkekalan," katanya.
Irwan Muhammad Zain
Tue Feb 27 2024
Mohamed Nazri berkata tema yang dipilih itu mengambarkan intipati kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. - Gambar ihsan Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat.
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.
Kenapa nak jatuhkan kerajaan yang lawan rasuah? - Nazri Aziz
Kesungguhan mahu menjatuhkan kerajaan yang berusaha memerangi rasuah seolah-oleh pihak-pihak tertentu ini sedang melindungi aktiviti rasuah dalam negara ini.